Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Timbalan Presiden Pertama Iran, Es'haq Jahangiri telah menyatakan kesediaan Tehran untuk menghulurkan bantuan kemanusiaan ke kawasan yang dilanda konflik di Syria. Beliau membuat kenyataan itu di dalam sebuah perbualan telefon dengan Perdana Menteri Turki, Binali Yildrim pada hari Jumaat.
Di dalam perbualan tersebut, beliau turut menyeru kepada usahasama yang lebih erat di antara Tehran dan Ankara di dalam menyelesaikan krisis di Syria secara diplomatik.
"Dengan kerjasama kedua-dua pihak, kita perlu mengelakkan lebih banyak pertumpahan darah dan pembunuhan di rantau terbabit termasuk Syria," kata beliau.
Jahangiri turut memanggil pihak terbabit untuk menghantar bantuan kemanusiaan ke Syria secepat mungkin sambil berkata bahawa "Republik Islam Iran telah bersedia untuk menghantar bantuan kemanusiaan ke Syria sejak hari semalam (Khamis)."
16 Disember 2016 - 21:12
News ID: 798715
Timbalan Presiden Pertama Iran, Es'haq Jahangiri telah menyatakan kesediaan Tehran untuk menghulurkan bantuan kemanusiaan ke kawasan yang dilanda konflik di Syria. Beliau membuat kenyataan itu di dalam sebuah perbualan telefon dengan Perdana Menteri Turki, Binali Yildrim pada hari Jumaat.